Muat turun
Monday, 15 October 2012
Monday, 1 October 2012
Isu-Isu Semasa
Kementerian Pelajaran hari ini
memutuskan tidak akan meneruskan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR) dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru
melalui penilaian berasaskan sekolah.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek.
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan format
baru bagi kedua-dua peperiksaan itu akan berkuat kuasa serentak pada
peperiksaan 2016. Menurutnya,
kitaran kepada perubahan dasar dalam dua peperiksaan itu akan
mengambil masa enam tahun dan bermula serentak pada kohort sesi
persekolahan 2011.
Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan satu nama baru akan menggantikan PMR pada 2016 nanti.
"Maka
pada ketika itu, kita akan adakan UPSR (format baru) dan mungkin PMR
dalam bentuk baru yang tidak dipanggil PMR lagi," katanya selepas
bersarapan pagi dengan media Malaysia dan para pegawainya di sini hari
ini.
Timbalan
Perdana Menteri berkata, perubahan itu sejajar dengan tuntutan
masyarakat yang tidak mahu sistem persekolahan terlalu menekankan
peperiksaan. Menurutnya,
masa diperlukan untuk perubahan dasar bagi memberi peluang pelajar
yang masih berada dalam sistem pelajaran sekarang meneruskannya dengan
ujian sedia ada. Sehubungan itu, beliau memberitahu, cara penyampaian mata pelajaran masih lagi terikat dengan apa yang sudah sedia ada.
Muhyiddin
menjelaskan, UPSR akan berubah bentuk dan format, antaranya
mengurangkan komposisi subjek teras kepada 60 peratus dan menambah
pemberat komponen kokurikulum serta subjek yang dianggap penting seperti
sivik kepada 40 peratus dalam pentaksiran keseluruhan. Subjek teras di peringkat UPSR ialah Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia (Penulisan dan Kefahaman).
Menurut
beliau, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira input dan pendapat
jawatankuasa meja bulat penambahbaikan yang telah bersidang sebanyak
tiga kali. Sejajar
dengan transformasi PMR kepada format baru itu pula, Muhyiddin telah
meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melihat aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah yang berkecenderungan untuk bersikap
berat sebelah dalam pemberian markah kepada pelajar di sekolah
masing-masing.
Penilaian
berasaskan sekolah bermakna pelajar akan diminta membuat folio
daripada projek yang disediakan oleh guru sekolah. Contoh terdekat
amalan format baru yang sedia ada adalah mata pelajaran Kemahiran Hidup
dan Pengajian Asas Fardu Ain (Pafa). Muhyiddin
berkata, beliau bercadang membawa perkara itu ke Kabinet kerana
pastinya ada minat daripada masyarakat untuk mengetahui tujuan dan
langkah penambahbaikan serta inisiatif baru yang hendak dibuat supaya
sistem pendidikan di Malaysia tidak cenderung kepada peperiksaan
semata-mata.
Bagaimanapun, katanya, perkara pokok dan penting ialah setiap peringkat kemajuan murid akan dapat nilai.
"Sesiapa pun perlu mengetahui kemajuan anak-anak mereka di sekolah," katanya. Beliau
berkata, secara umumnya masyarakat bersetuju UPSR perlu dikekalkan
tetapi mereka juga berpendapat mesti ada penambahbaikan.
Di atas premis inilah, katanya, maka Kementerian Pelajaran perlu memikirkan langkah penambahbaikan antaranya mengubah suai komposisi subjek teras, mungkin daripada keseluruhan 100 peratus, maka 60 peratus sahaja komposisi adalah berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih yang akan diumumkan kelak. "Baki 40 peratus adalah atas dasar kokurikulum, bidang sivik serta bidang-bidang yang dianggap penting dan perlu, tetapi pada waktu sekarang tidak dinilai secara saksama.
"Jadi ini dikira perimbangan yang sesuai. Yang ini pun perinciannya akan kita umumkan kemudian," katanya.
Bagi PMR pula, Muhyiddin berkata, umum bersetuju peperiksaan tingkatan tiga itu tidak perlu diteruskan.
Katanya,
dalam dialog meja bulat yang terakhir juga, jawatankuasa bersetuju
dengan cadangan kementerian supaya PMR diubah bentuknya kepada
penilaian yang dibuat di sekolah.
Bagaimanapun, untuk mengelakkan tanggapan penilaian berbeza-beza, jelas beliau, adalah menjadi peranan LPM untuk menyelaras bentuk-bentuk ujian yang akan dilakukan. "Ini untuk mengelakkan berat sebelah atau kecenderungan sekolah memberi markah yang lebih baik untuk sekolah mereka," katanya. Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan secara muktamad dalam seminggu dua ini apabila laporan lengkap sampai ke tangannya. Beliau juga memberitahu, kementerian tidak melakukan persidangan meja bulat tersebut secara serta-merta tetapi setelah melakukan ujian rintis di banyak sekolah. Ujian rintis melibatkan 50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi pada 2009
___________________________________________________________
Erti Sebenar Guru Cemerlang
SAYA merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri
Alimuddin Mohd. Dom, yang menyarankan agar guru-guru menerima sahaja
tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan
dedikasi kepada tugas sebagai pendidik.
Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru.
Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui tentang bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah-sekolah kita.
Inilah yang menimbulkan rungutan guru-guru. Apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang termampu dengan masa dan tenaga yang terhad.
Tugas perkeranian ini bukan sahaja sudah menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia telah mengelabui mata para pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.
Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran dari kalangan guru yang merupakan orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik telah dilonggarkan, kerana tuntutan kerja-kerja pentadbiran. Bayangkanlah kalau seseorang pada tahap kematangan dan pengalaman yang ada pada Alimuddin, duduk di dalam kelas untuk mengajar. Beliau barangkali boleh menghasilkan beratus-ratus lagi anak bangsa yang bakal menyumbang kepada negara. Tapi akhirnya beliau diletakkan di pejabat.
Kenapa tidak kita berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah kerja akademik. Kenapa guru yang sudah berpengalaman bertahun-tahun akhirnya disuruh membuat kerja pentadbiran? Bukankah pengalaman dan pengetahuan mereka boleh membantu lebih ramai murid menjadi cemerlang? Adakah menjadi orang akademik terhebat masih rendah tarafnya berbanding orang pentadbiran yang duduk di pejabat?
Lihatlah bagaimana pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, prestasi melintang (sudah tidak akan diamalkan lagi) pelantikan guru pakar, guru bestari dan guru cemerlang. Adakah mereka yang diberi semua penghargaan ini dilantik di kalangan guru yang anak murid mereka menunjukkan peningkatan prestasi akademik? Tidak!
Kebanyakan penerima anugerah dan pentadbir-pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri dilantik di kalangan orang yang menonjol di bidang pentadbiran semata-mata. Sebab itulah kita lihat masih ada murid yang gagal subjek-subjek tertentu walaupun diajar oleh guru pakar, guru cemerlang dan guru bestari. Ini kerana yang ‘bestari’, ‘cemerlang’ dan ‘pakar’ ialah kerja pentadbiran guru itu, bukan teknik P&Pnya. Sekarang ini dengan peperiksaan PTK, guru yang malas masuk kelas pun boleh dapat kenaikan gaji dan pangkat.
Malah, saya sendiri pernah melihat seorang guru yang sangat konsisten. Guru ini setiap tahun (selama hampir 18 tahun) mencatatkan peratus lulus subjek Sains melebihi 95 peratus di semua kelas yang diajarnya, walau pun saban tahun mendapat kelas paling hujung, walaupun mengajar murid yang buta huruf, walaupun format peperiksaan kerap bertukar.
Beratus-ratus muridnya daripada tidak mengenal huruf, akhirnya mendapat A dalam subjek Sains SPM. Tetapi guru ini tidak pernah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, hanya kerana guru ini tidak mempunyai hubungan baik dengan pentadbir sekolah yang hanya mementingkan kerja pentadbiran. Guru ini pula memang menolak kerja pentadbiran kerana kerja pentadbiran akan menyebabkan dia mengabaikan murid-muridnya, sesuatu yang guru ini enggan lakukan.
Bagi saya, sekalipun guru ini dilihat ‘melawan ketua’, tetapi komuniti kecil guru-guru dan murid-murid sekolah menyanjung dan menghormati guru ini kerana keberaniannya meletakkan fokus pada apa yang berhak, iaitu murid-murid. Guru ini juga tidak lokek membantu guru-guru muda dari segi memberi bimbingan tentang teknik P&P yang berkesan. Bagi guru muda seperti saya, inilah guru dalam erti kata sebenar.
Bagaimana boleh berlaku, dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, guru yang pandai mengajar diketepikan berbanding guru yang hanya pandai menaip dan mengemas fail? Di manakah profesionalisme guru? Bagi saya, seorang guru itu profesional jika dia pandai mengajar kerana itulah sebenarnya tugas hakiki seorang guru. Tapi hari ini, guru yang membuat kerja yang betul tidak diberi penghargaan sepatutnya, dan guru yang tidak pandai mengajar pula yang diletakkan di tempat tinggi, diberi elaun, kuasa dan jawatan. Bagaimanakah guru-guru yang setiap hari berhempas-pulas dengan murid di dalam kelas hendak menghormati pentadbir mereka yang tidak pandai mengajar pun?
Malah, pentadbir itu pula yang akan duduk di belakang kelas menilai sama ada guru lain pandai mengajar atau tidak. Hanya kerana mereka pentadbir, mereka ada kuasa memberi markah. Tapi mereka menjadi pentadbir bukan kerana mereka pandai mengajar, tapi pandai membuat kerja lain selain mengajar. Bagaimanakah pentadbir sekolah seperti ini layak menuntut penghormatan daripada warga guru? Saya pernah melihat seorang pengetua sekolah yang diletakkan mengajar hanya dua waktu seminggu, terpaksa meminta guru lain mengambil alih kelasnya kerana dia terlalu kerap keluar dan tidak ada di sekolah.
Jika hari ini masyarakat melihat guru sebagai tidak professional, itu ialah kerana hampir semua guru terpaksa membuat kerja menaip dan mengemas fail, suatu kerja yang boleh dibuat oleh budak lepasan SPM.
Jika hari ini masyarakat melihat guru tidak berilmu, ia adalah kerana guru asyik mengisi borang, bukan mengisi dada dengan ilmu.
Petikan UM-031209

Saturday, 29 September 2012
Friday, 28 September 2012
Thursday, 27 September 2012
Aturcara Persidangan KGMMB ke-23
Aturcara Majlis Perasmian
21 September 2012 (Jumaat)
|
||
8.00
malam
|
:
|
Ketibaan Tetamu Jemputan
|
8.30
malam
|
:
|
Ketibaaan YB. Dato’ Sri Mustapa bin
Mohamed
Menteri Perdagangan dan Industri
|
:
|
Nyanyian Lagu Negaraku
|
|
:
|
Bacaan Doa
|
|
:
|
Jamuan
Makan Malam dan Persembahan Kebudayaan
|
|
:
|
Ucapan
Aluan Tn.Hj. Mohd Sabri bin Mohd Arsad, AMP., PKC. Presiden Kesatuan
Guru-Guru Melayu Malaysia Barat
|
|
:
|
Ucapan Perasmian oleh:
YB.
Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
|
|
:
|
Penyampaian
Cenderamata
|
|
:
|
Sesi
Bergambar
|
|
:
|
Sidang
Akhbar
|
|
Pakaian
|
:
|
Batik
|
Aturcara Majlis Penutup
22 September 2012 (Sabtu)
|
||
8.00
malam
|
:
|
Peserta
Persidangan Perwakilan mengambil tempat
|
8.30
malam
|
:
|
Persidangan
Perwakilan Dwi Tahunan KGMMB kali ke-23 bermula
|
10.30
pagi
|
:
|
Rehat.
|
11.00
pagi
|
:
|
Taklimat
Berkaitan Pendidikan oleh Universiti Kolej Shahputra
|
11.40
pagi
|
:
|
Ketibaan
Tetamu Jemputan
|
11.45
pagi
|
:
|
Ketibaan
Jemputan Khas
|
12.00
tgh
|
:
|
Ketibaan
Y.B. Dr.Hj. Mohd Puad bin Zarkashi
Timbalan
Menteri Pelajaran Malaysia
|
:
|
Ucapan
Aluan Tn.Hj.Mohamed Sabri bin Mohd Arsad
Presiden Kesatuan
Guru-Guru Melayu Malaysia Barat
|
|
:
|
Penyampaian
Sijil Majlis Jawatankuasa Agung Sesi 2010-2012
|
|
:
|
Penyampaian
Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Anak Ahli KGMMB
Cawangan
Kelantan
|
|
:
|
Penyampaian
Pingat Jasa Bakti
|
|
:
|
Penyampaian
Anugerah Tokoh Kepimpinan KGMMB
|
|
:
|
Penyampaian
Cenderamata
|
|
:
|
Sesi
Bergambar
|
|
:
|
Sidang
Akhbar
|
|
Pakaian
|
:
|
Baju
Batik KGMMB
|
AGENDA
PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KGMMB KALI KE-23
| |
1
|
Ucapan
Pengerusi Persidangan. |
2
|
Pengumuman
Penentuan Kehadiran Perwakilan Persidangan. |
3
|
Mengesahkan
Peingatan Minit Persidangan Perwakilan Dwitahunan Kali ke-22,
Tahun 2010. (Kertas Mesyuarat Bil. 02/08) |
4
|
Membincang
dan Menerima Laporan Dwitahunan Pusat 2010-2012. (Kertas
Mesyuarat Bil. 03/08) |
5
|
Membincang dan Menerima Laporan Cawangan KGMMB Pusat
2010-2012. (Kertas Mesyuarat Bil. 03/08) |
6
|
Menerima
dan Meluluskan Penyata Akaun Berakhir 31 Mac 2011 dan 31
Mac 2012. (Kertas Mesyuarat Bil. 05/08) |
7
|
Menerima
dan Meluluskan Anggara Pendapatan dan Perbelanjaan Tahun
2012-2014 (Kertas Mesyuarat Bil. 6/08) |
8
|
Membincang dan Meluluskan Usul-usul.(Kertas Bil 07/08) |
9
|
Isu dan Maklum Balas daripada Kementerian Pelajaran. (Kertas Mesyuarat Bil. 8/08) |
10
|
Melantik 3 orang Pemegang Amanah. |
11
|
Melantik 5 orang Jemaah Penimbangtara. |
12
|
Melantik 2 ornag Juruaudit Dalaman |
13
|
Melantik Juruaudit Luar. |
14
|
Melantik 5 orang Jemaah Pemeriksa Undi. |
15
|
Melantik Penasihat Undang-undang. |
16
|
Melantik Penasihat Kehormat. |
Wednesday, 26 September 2012
Senarai Nama Perwakilan Persidangan KGMMB
SENARAI
PERWAKILAN KE PERSIDANGAN PERWAKILAN KGMMB KALI KE-23 DI NEW PAIFIC HOTEL, KOTA
BHARU, KELANTAN.
1. MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG
Presiden
|
:
Cikgu Hj. Mohamed Sabri Mohd Arsad, AMP., PKC
|
Timbalan
Presiden
|
:
Cikgu Hj. Mat Jidin bin Ahmad, PJK
|
Naib
Presiden 1
|
:
Cikgu Roslan bin Saadon
|
Naib
Presiden 2
|
:
Cikgu Hj. Jamaluddin Hj. Jali, PKT, PJK, PJM,PPL
|
Naib
Presiden 3
|
:
Cikgu Mohd Said bin Hussin
|
Setiausaha
Agung
|
:
Cikgu Ahmad Nawawi bin Shaari
|
Pen.
Setiausaha Agung 1
|
:
Cikgu Amran bin Ghani
|
Pen.
Setiausaha Agung 2
|
:
Cikgu Jasni bin Md Kechik
|
Pen.
Setiausaha Agung 3
|
:
Cikgu Abu Bakar bin R.A. Mohd Abdullah
|
Bendahari
Agung
|
:
Cikgu Hj. Atan bin Nordin, BCM., PJK.
|
Pen.
Bendahari Agung
|
:
Cikgu Ibrahim bin Marlan
|
Perlis
|
: Cikgu
Kamarul Isam bin Isa
|
Kedah
Utara 1
|
: Cikgu
Hj. Ahmad Hulmi bin Ismail, PCK
|
Kedah
Utara 2
|
: Cikgu
Hj. Fadzil bin Darus
|
Kedah
Tengah
|
: Cikgu
Hj. Ghazali bin Omar
|
Kedah
Selatan
|
: Cikgu
Mohammad Rodzi bin Mat Isa
|
Pulau Pinang
|
: Cikgu
Hj. Saidin bin Rashid
|
Perak Utara
|
: Cikgu
Mohd Arshad bin Mat Jelani
|
Perak Selatan
|
: Cikgu
Suhaimi bin Jamaudin
|
Selangor
|
: Cikgu
Hj. Murtadzo bin Mokhtar
|
Wilayah
Persekutuan
|
: Cikgu
Hj. Ruslan bin Madon, AMW., PPN., PJK.
|
Melaka
|
: Cikgu
Zailan bin Mohd Yusof
|
Negeri Sembilan
|
: Cikgu
Nasri bin Ramli
|
Johor
|
: Cikgu
Nordin bin Mohd Yusof
|
Terengganu
|
: Cikgu
Hasnan bin Abdul Wahab
|
Kelantan
|
: Cikgu
Hj. Che Zahari bin Mustapha
|
Pahang Barat
|
: Cikgu
Hj. Ahamad Nawawi bin Shaari
|
Pahang Timur
|
: Cikgu
Ab Malek bin Che Mat
|
1. PERLIS
1. Cikgu
Hasan bin Abdul Rahman
2. Cikgu
Mohd Hashim bin Mohd Alwi (suami)
3. Cikgu
Ibtisam bt Othman (isteri)
4. Cikgu
Rosle bin Ishak
5. Cikgu
Mohd Depi bin Omar
6. Cikgu
Azizah bt Yusop
7. Cikgu
Fauziah bt Abdul Hamid
8. Cikgu
Rosli bin Darus
9. Cikgu
Abu Bakar bt Othman
10. Cikgu
Mohamad Nassir Ikhsan bin Mahmud
2. KEDAH UTARA 1
1. Cikgu
Hj. Fadzalih bin Hj. Mahmud
2. Cikgu
Mohamad Azrin bin Hassan
3. Cikgu
Suhaimi bin Mohd Mukhtar
4. Cikgu
Ramli bin Man
5. Cikgu
Zulkely bin Johari
6. Cikgu
Zulkeflee bin Alwi
7. Cikgu
Mustafa bin Saad
8. Cikgu
Rosly bin Ismail
9. Cikgu
Ishak bin Hamid
10. Cikgu
Shariff bin Satiman
3. KEDAH UTARA 2
1. Cikgu
Shairul Bazri bin Abu Bakar
2. Cikgu
Hj. Azizan bin Hamid
3. Cikgu
Mohamad Zal bin Hashim
4. Cikgu
Hjh. Siti Aishah bt. Hj. Ismail
5. Cikgu
Wan Jusoh bin Wan Hassan
4. KEDAH TENGAH
1. Cikgu
Abu Bakar bin Awang, PJK.
2. Cikgu
Khuiruddin bin Shamsuddin
3. Cikgu
Halim bin Mohamad
4. Cikgu
Azmi bin Abd. Azid
5. Cikgu
Arpah bt Abdullah
6. Cikgu
Majmin bt Md. Noor
5. KEDAH SELATAN
1. Cikgu
Ramli bin Abdul Rahman
2. Cikgu
Mohd Azilah bin Mat Lazim
3. Cikgu
Ishak bin Abdul
4. Cikgu
Abu Bakar bin Meh
5. Cikgu
Azemi bin Ghazali
6. PULAU PINANG
1. Cikgu
Abdul Rahman bin Zakaria
2. Cikgu
Mohd Saad bin Amen
3. Cikgu
Hisham bin Ismail
4. Cikgu
Hj. Mohd Radzi bin Abdullah
5. Cikgu
Nur Azrin bin And. Razak
6. Cikgu
Hj. Juhari bin Mohamad Noe
7. Cikgu
Mat Nayan bin Dris
8. Cikgu
Ramlan bin Mislan
9. Cikgu
Mohd Shaharin bin Kassim
10. Cikgu
Mohd Hasni bin Abdullah
7. PERAK UTARA
1. Cikgu
Ilyas bin Saad
2. Cikgu
Abdul Rahim bin Hj. Mohd
3. Cikgu
Aziman bin Abu Bakar
4. Cikgu
Mohamad Zamri bin Ishak
5. Cikgu
Abdul Rashid bin Saad
6. Cikgu
Mat Supri bin Musa
7. Cikgu
Meor Zabidi bin Meor Mohd Tahir
8. Cikgu
Arsad bin Abdul Wahab
9. Cikgu
Zamri bin Md. Isa
10. Cikgu
Mohd Yusof bin Sebran
8. PERAK SELATAN
1. Cikgu
Jamaluddin bin Mustaffa
2. Cikgu
Ahmad Puad bin Esa
3. Cikgu
Mohd Rostam bin Babjan
4. Cikgu
Mahayuddin bin Ibas
5. Cikgu
Ahmad Damanhuri bin Mohd Mahayuddin
6. Cikgu
Mohd Izwan Hafiz bin Razali
7. Cikgu
Mohd Fahmi bin Tajwid
8. Cikgu
Aminuddin bin Omar
9. Cikgu
Mohd Suhaimi bin Md. Kamal
10. Cikgu
Mohd Syafie bin Selamat
9. SELANGOR
1. Cikgu
Hasim bin Saleh
2. Cikgu
Hj. Ahmad Isa bin Tan Sri Hassan
3. Cikgu
Hud bin Abdul Ghani
4. Cikgu
Mohamad Alwan bin Ginen
5. Cikgu
Nasarudin bin Bujang
6. Cikgu
Hj. Mohamed Zuhaini bin A. Shukor
7. Cikgu
Ishak bin Md. Noor
8. Cikgu
Kamal bin Rusdi
9. Cikgu
Hj. Maarof bun Muhsin
10. Cikgu
Hj. Dianuddin bin Othman
1O. WILAYAH PERSEKUTUAN
1. Cikgu
Rooslan bin Ahmad
2. Cikgu
Arbain bin Kassim
3. Cikgu
Saadun bin Kassim
4. Cikgu
Mohd Zulkapli bin Mohd Zin
5. Cikgu
Mohd Suhaili bin Mohd Yunus
6. Cikgu
Mohd Sadli bin Harun
7. Cikgu
Mohd Shofi bin Osman
8. Cikgu
Sarah bt Sharif
9. Cikgu
Nadzaruddin bin Kasim
10. Cikgu
Ahmad Muzir bin Abdul Halim
11. MELAKA
1. Cikgu Baiha bt Haron
2. Cikgu
Azmi bin Abas
3. Cikgu
Noryati bt Kimin
4. Cikgu
Rohaila bt Ibrahim
5. Cikgu
Ahmad Nasir bin Abdul Muthalif
6. Cikgu
Mazlan bin Das
7. Cikgu
Saerah bt Maulot
8. Cikgu
Sha’ari bin Bujang
9. Cikgu
Abu Bakar bin Sirun
10. Cikgu
Sulaiman bin Hitam
12. NEGERI SEMBILAN
1. Cikgu
Hj. Hamzah bin Hj. Koleh
2. Cikgu
Putra bin Hashim
3. Cikgu
Abd Hamid bin Yahaya
4. Cikgu
Mohd Hazley bin Yaacob
5. Cikgu
Zairunlah bin Idris
6. Cikgu
Mohd Khalil bin Lebai Mat
7. Cikgu
Abu Kasim bin Abdul Hamid
8. Cikgu
Mohd Erwan Firdaus bin Abd Khalid
9. Cikgu
Mohd Salleh bin Ismail
10. Cikgu
Iszam bin Ismail
13. JOHOR
1. Cikgu
Elias bin Dasuki
2. Cikgu
Rahmat bin Sarbani
3. Cikgu
Hj. Esa bin Abd. Rahman
4. Cikgu
Hj. Muhammad Amin bin Simon
5. Cikgu
Ngatimin bin Sairi
6. Cikgu
Mazlan bin Sanip
7. Cikgu
Zainal bin Broh
8. Cikgu
Dr. Hussein bin Sarif
9. Cikgu
Hj. Abdul Rashid bin Johar
10. Cikgu
Rosli bin Saman
14. TERENGGANU
1. Cikgu
Abdullah bin Mamat
2. Cikgu
Ahmad bin Awang
3. Cikgu
Mohd Nasir bin Mohd Yusof
4. Cikgu
Mat Nong bin Botok
5. Cikgu
Mohd Zin bin Md. Amin
6. Cikgu
Ismail bin Hassan
7. Cikgu
Kamaruddin bin Kasim
8. Cikgu
Rosdi bin Mohamad Salleh
9. Cikgu
Roszita bt Muhammad
10. Cikgu
Zaiton bt Hassan
15. KELANTAN
1. Cikgu
Ibrahim bin Samat
2. Cikgu
Wan Mat Rani bin Wan Ismail
3. Cikgu
Hafezie bin Md. Salleh
4. Cikgu
Hj. Junus in Mohamad
5. Cikgu
Zunaidah bt Mamat
6. Cikgu
Sharifah Faridah bt Syed Bulat
7. Cikgu
Ismail bin Salleh
8. Cikgu
Adnan bin Awang
9. Cikgu
Norman bin Abd Manaf
16. PAHANG TIMUR
1. Cikgu
Roslan bin Mansor
2. Cikgu
Hj. Muhamad bin Hj. Abdullah
3. Cikgu
Mohd Azhar bin Yahya
4. Cikgu
Hj. Mahmud bin Hj. Nihat
5. Cikgu
Hj. Mat Yunus bin Yusof
6. Cikgu
Hj. Esa bin Hj. Ter
7. Cikgu
Khusaini bin Mohd Yussof
8. Cikgu
Tan bin Ibrahim
9. Cikgu
Sulaiman bin Bakar
10. Cikgu
Roslee bin Ismail
17. PAHANG BARAT
1. Cikgu
Mohd Saad bin Haron
2. Cikgu
Amir Hamzah bin Nordin
3. Cikgu
Anuar bin Idris
4. Cikgu
Abdul Rashid bin Mahidin
5. Cikgu
Hasami bin Mohamad
6. Cikgu
Abd. Majid bin Min
7. Cikgu
Ismail bin Ali
8. Cikgu
Zakaria bin Siman
9. Cikgu
Ahmad Saifulzaman bin Abd Rahim
10. Cikgu Rugayah bt Sh Abdullah
Subscribe to:
Posts (Atom)