Selamat Datang ke Blog KGMMB Johor

Monday 1 October 2012

Isu-Isu Semasa





Kementerian Pelajaran hari ini memutuskan tidak akan meneruskan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dalam formatnya sekarang tetapi diubah menggunakan format baru melalui penilaian berasaskan sekolah.

Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pula akan diteruskan tetapi dengan penambahbaikan bentuk dan komposisi subjek.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perubahan format baru bagi kedua-dua peperiksaan itu akan berkuat kuasa serentak pada peperiksaan 2016. Menurutnya, kitaran kepada perubahan dasar dalam dua peperiksaan itu akan mengambil masa enam tahun dan bermula serentak pada kohort sesi persekolahan 2011.

Muhyiddin juga tidak menolak kemungkinan satu nama baru akan menggantikan PMR pada 2016 nanti.
"Maka pada ketika itu, kita akan adakan UPSR (format baru) dan mungkin PMR dalam bentuk baru yang tidak dipanggil PMR lagi," katanya selepas bersarapan pagi dengan media Malaysia dan para pegawainya di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perubahan itu sejajar dengan tuntutan masyarakat yang tidak mahu sistem persekolahan terlalu menekankan peperiksaan. Menurutnya, masa diperlukan untuk perubahan dasar bagi memberi peluang pelajar yang masih berada dalam sistem pelajaran sekarang meneruskannya dengan ujian sedia ada. Sehubungan itu, beliau memberitahu, cara penyampaian mata pelajaran masih lagi terikat dengan apa yang sudah sedia ada.

Muhyiddin menjelaskan, UPSR akan berubah bentuk dan format, antaranya mengurangkan komposisi subjek teras kepada 60 peratus dan menambah pemberat komponen kokurikulum serta subjek yang dianggap penting seperti sivik kepada 40 peratus dalam pentaksiran keseluruhan. Subjek teras di peringkat UPSR ialah Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia (Penulisan dan Kefahaman).

Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira input dan pendapat jawatankuasa meja bulat penambahbaikan yang telah bersidang sebanyak tiga kali. Sejajar dengan transformasi PMR kepada format baru itu pula, Muhyiddin telah meminta Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) melihat aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah yang berkecenderungan untuk bersikap berat sebelah dalam pemberian markah kepada pelajar di sekolah masing-masing.

Penilaian berasaskan sekolah bermakna pelajar akan diminta membuat folio daripada projek yang disediakan oleh guru sekolah. Contoh terdekat amalan format baru yang sedia ada adalah mata pelajaran Kemahiran Hidup dan Pengajian Asas Fardu Ain (Pafa). Muhyiddin berkata, beliau bercadang membawa perkara itu ke Kabinet kerana pastinya ada minat daripada masyarakat untuk mengetahui tujuan dan langkah penambahbaikan serta inisiatif baru yang hendak dibuat supaya sistem pendidikan di Malaysia tidak cenderung kepada peperiksaan semata-mata.

Bagaimanapun, katanya, perkara pokok dan penting ialah setiap peringkat kemajuan murid akan dapat nilai.
"Sesiapa pun perlu mengetahui kemajuan anak-anak mereka di sekolah," katanya. Beliau berkata, secara umumnya masyarakat bersetuju UPSR perlu dikekalkan tetapi mereka juga berpendapat mesti ada penambahbaikan.

Di atas premis inilah, katanya, maka Kementerian Pelajaran perlu memikirkan langkah penambahbaikan antaranya mengubah suai komposisi subjek teras, mungkin daripada keseluruhan 100 peratus, maka 60 peratus sahaja komposisi adalah berasaskan bidang-bidang akademik yang terpilih yang akan diumumkan kelak. "Baki 40 peratus adalah atas dasar kokurikulum, bidang sivik serta bidang-bidang yang dianggap penting dan perlu, tetapi pada waktu sekarang tidak dinilai secara saksama.

"Jadi ini dikira perimbangan yang sesuai. Yang ini pun perinciannya akan kita umumkan kemudian," katanya.
Bagi PMR pula, Muhyiddin berkata, umum bersetuju peperiksaan tingkatan tiga itu tidak perlu diteruskan.
Katanya, dalam dialog meja bulat yang terakhir juga, jawatankuasa bersetuju dengan cadangan kementerian supaya PMR diubah bentuknya kepada penilaian yang dibuat di sekolah.

Bagaimanapun, untuk mengelakkan tanggapan penilaian berbeza-beza, jelas beliau, adalah menjadi peranan LPM untuk menyelaras bentuk-bentuk ujian yang akan dilakukan. "Ini untuk mengelakkan berat sebelah atau kecenderungan sekolah memberi markah yang lebih baik untuk sekolah mereka," katanya. Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan secara muktamad dalam seminggu dua ini apabila laporan lengkap sampai ke tangannya. Beliau juga memberitahu, kementerian tidak melakukan persidangan meja bulat tersebut secara serta-merta tetapi setelah melakukan ujian rintis di banyak sekolah. Ujian rintis melibatkan 50 sekolah pada 2008 dan 500 lagi pada 2009
___________________________________________________________

Erti Sebenar Guru Cemerlang

SAYA merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, yang menyarankan agar guru-guru menerima sahaja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik.

Sebagai guru, saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan beliau. Pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru.

Namun begitu, saya berpendapat, sebagai Ketua Pengarah Pelajaran, beliau patut sudah mengetahui tentang bebanan tugas guru yang sudah menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus, masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Perkara ini jika berlarutan, kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja pentadbiran, memang tidak berubah keadaan sekolah-sekolah kita.

Inilah yang menimbulkan rungutan guru-guru. Apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut. Padahal sebagai guru, kita sudah melakukan apa yang termampu dengan masa dan tenaga yang terhad.

Tugas perkeranian ini bukan sahaja sudah menyebabkan tumpuan kepada bidang akademik terganggu, malah ia telah mengelabui mata para pentadbir dalam bidang pendidikan juga, bermula dari pentadbir sekolah, sehinggalah ke peringkat jabatan pelajaran negeri-negeri.

Malah, pada pendapat saya, pelantikan Ketua Pengarah Pelajaran dari kalangan guru yang merupakan orang akademik (yang akhirnya terpaksa duduk di pejabat membuat tugasan pentadbiran) ialah bukti bagaimana fokus kepada akademik telah dilonggarkan, kerana tuntutan kerja-kerja pentadbiran. Bayangkanlah kalau seseorang pada tahap kematangan dan pengalaman yang ada pada Alimuddin, duduk di dalam kelas untuk mengajar. Beliau barangkali boleh menghasilkan beratus-ratus lagi anak bangsa yang bakal menyumbang kepada negara. Tapi akhirnya beliau diletakkan di pejabat.

Kenapa tidak kita berikan kerja pentadbiran kepada orang pentadbiran, dan kita orang akademik, buatlah kerja akademik. Kenapa guru yang sudah berpengalaman bertahun-tahun akhirnya disuruh membuat kerja pentadbiran? Bukankah pengalaman dan pengetahuan mereka boleh membantu lebih ramai murid menjadi cemerlang? Adakah menjadi orang akademik terhebat masih rendah tarafnya berbanding orang pentadbiran yang duduk di pejabat?

Lihatlah bagaimana pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, prestasi melintang (sudah tidak akan diamalkan lagi) pelantikan guru pakar, guru bestari dan guru cemerlang. Adakah mereka yang diberi semua penghargaan ini dilantik di kalangan guru yang anak murid mereka menunjukkan peningkatan prestasi akademik? Tidak!

Kebanyakan penerima anugerah dan pentadbir-pentadbir sekolah, pejabat pelajaran daerah dan jabatan pelajaran negeri dilantik di kalangan orang yang menonjol di bidang pentadbiran semata-mata. Sebab itulah kita lihat masih ada murid yang gagal subjek-subjek tertentu walaupun diajar oleh guru pakar, guru cemerlang dan guru bestari. Ini kerana yang ‘bestari’, ‘cemerlang’ dan ‘pakar’ ialah kerja pentadbiran guru itu, bukan teknik P&Pnya. Sekarang ini dengan peperiksaan PTK, guru yang malas masuk kelas pun boleh dapat kenaikan gaji dan pangkat.

Malah, saya sendiri pernah melihat seorang guru yang sangat konsisten. Guru ini setiap tahun (selama hampir 18 tahun) mencatatkan peratus lulus subjek Sains melebihi 95 peratus di semua kelas yang diajarnya, walau pun saban tahun mendapat kelas paling hujung, walaupun mengajar murid yang buta huruf, walaupun format peperiksaan kerap bertukar.

Beratus-ratus muridnya daripada tidak mengenal huruf, akhirnya mendapat A dalam subjek Sains SPM. Tetapi guru ini tidak pernah diberi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, hanya kerana guru ini tidak mempunyai hubungan baik dengan pentadbir sekolah yang hanya mementingkan kerja pentadbiran. Guru ini pula memang menolak kerja pentadbiran kerana kerja pentadbiran akan menyebabkan dia mengabaikan murid-muridnya, sesuatu yang guru ini enggan lakukan.

Bagi saya, sekalipun guru ini dilihat ‘melawan ketua’, tetapi komuniti kecil guru-guru dan murid-murid sekolah menyanjung dan menghormati guru ini kerana keberaniannya meletakkan fokus pada apa yang berhak, iaitu murid-murid. Guru ini juga tidak lokek membantu guru-guru muda dari segi memberi bimbingan tentang teknik P&P yang berkesan. Bagi guru muda seperti saya, inilah guru dalam erti kata sebenar.

Bagaimana boleh berlaku, dalam Kementerian Pelajaran Malaysia, guru yang pandai mengajar diketepikan berbanding guru yang hanya pandai menaip dan mengemas fail? Di manakah profesionalisme guru? Bagi saya, seorang guru itu profesional jika dia pandai mengajar kerana itulah sebenarnya tugas hakiki seorang guru. Tapi hari ini, guru yang membuat kerja yang betul tidak diberi penghargaan sepatutnya, dan guru yang tidak pandai mengajar pula yang diletakkan di tempat tinggi, diberi elaun, kuasa dan jawatan. Bagaimanakah guru-guru yang setiap hari berhempas-pulas dengan murid di dalam kelas hendak menghormati pentadbir mereka yang tidak pandai mengajar pun?

Malah, pentadbir itu pula yang akan duduk di belakang kelas menilai sama ada guru lain pandai mengajar atau tidak. Hanya kerana mereka pentadbir, mereka ada kuasa memberi markah. Tapi mereka menjadi pentadbir bukan kerana mereka pandai mengajar, tapi pandai membuat kerja lain selain mengajar. Bagaimanakah pentadbir sekolah seperti ini layak menuntut penghormatan daripada warga guru? Saya pernah melihat seorang pengetua sekolah yang diletakkan mengajar hanya dua waktu seminggu, terpaksa meminta guru lain mengambil alih kelasnya kerana dia terlalu kerap keluar dan tidak ada di sekolah.

Jika hari ini masyarakat melihat guru sebagai tidak professional, itu ialah kerana hampir semua guru terpaksa membuat kerja menaip dan mengemas fail, suatu kerja yang boleh dibuat oleh budak lepasan SPM.

Jika hari ini masyarakat melihat guru tidak berilmu, ia adalah kerana guru asyik mengisi borang, bukan mengisi dada dengan ilmu.

Petikan UM-031209

Bahan Power Point-KGMMB

Thursday 27 September 2012

Aturcara Persidangan KGMMB ke-23




Aturcara Majlis Perasmian
21 September 2012 (Jumaat)

8.00 malam
:
Ketibaan Tetamu Jemputan
8.30 malam
:
Ketibaaan YB. Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Menteri Perdagangan dan Industri

:
Nyanyian Lagu Negaraku

:
Bacaan Doa

:
Jamuan Makan Malam dan Persembahan Kebudayaan

:
Ucapan Aluan Tn.Hj. Mohd Sabri bin Mohd Arsad, AMP., PKC. Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat


:
Ucapan Perasmian oleh:
YB. Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

:
Penyampaian Cenderamata

:
Sesi Bergambar

:
Sidang Akhbar
Pakaian
:
Batik

Aturcara Majlis Penutup
22 September 2012 (Sabtu)

8.00 malam
:
Peserta Persidangan Perwakilan mengambil tempat
8.30 malam
:
Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan KGMMB kali ke-23 bermula
10.30 pagi      
:
Rehat.
11.00 pagi
:
Taklimat Berkaitan Pendidikan oleh Universiti Kolej Shahputra
11.40 pagi
:
Ketibaan Tetamu Jemputan
11.45 pagi
:
Ketibaan Jemputan Khas
12.00 tgh
:
Ketibaan Y.B. Dr.Hj. Mohd Puad bin Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

:
Ucapan Aluan Tn.Hj.Mohamed Sabri bin Mohd Arsad
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat

:
Penyampaian Sijil Majlis Jawatankuasa Agung Sesi 2010-2012

:
Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang SPM Anak Ahli KGMMB
Cawangan Kelantan

:
Penyampaian Pingat Jasa Bakti

:
Penyampaian Anugerah Tokoh Kepimpinan KGMMB

:
Penyampaian Cenderamata

:
Sesi Bergambar

:
Sidang Akhbar

Pakaian
:
Baju Batik KGMMB







AGENDA PERSIDANGAN PERWAKILAN DWI TAHUNAN KGMMB KALI KE-23
1
Ucapan  Pengerusi Persidangan.

2
 Pengumuman  Penentuan Kehadiran  Perwakilan Persidangan.

3
Mengesahkan  Peingatan Minit Persidangan  Perwakilan Dwitahunan  Kali ke-22, Tahun 2010. (Kertas Mesyuarat  Bil. 02/08)

4
Membincang dan Menerima Laporan  Dwitahunan  Pusat 2010-2012. (Kertas Mesyuarat Bil. 03/08)

5
Membincang dan Menerima Laporan  Cawangan KGMMB Pusat 2010-2012. (Kertas Mesyuarat Bil. 03/08)

6
 Menerima dan  Meluluskan Penyata  Akaun Berakhir  31 Mac 2011 dan 31 Mac 2012. (Kertas Mesyuarat Bil. 05/08)

7
Menerima dan Meluluskan Anggara Pendapatan  dan Perbelanjaan  Tahun 2012-2014 (Kertas Mesyuarat Bil. 6/08)

8
Membincang dan Meluluskan Usul-usul.(Kertas Bil 07/08)

9
Isu dan Maklum Balas  daripada Kementerian  Pelajaran. (Kertas Mesyuarat Bil. 8/08)

10
Melantik 3 orang  Pemegang Amanah.

11
Melantik 5 orang Jemaah  Penimbangtara.

12
Melantik 2 ornag Juruaudit Dalaman

13
Melantik Juruaudit Luar.

14
Melantik 5 orang Jemaah Pemeriksa Undi.

15
Melantik Penasihat Undang-undang.

16
Melantik  Penasihat Kehormat.



Wednesday 26 September 2012

Senarai Nama Perwakilan Persidangan KGMMB






SENARAI PERWAKILAN KE PERSIDANGAN PERWAKILAN KGMMB KALI KE-23 DI NEW PAIFIC HOTEL, KOTA BHARU, KELANTAN.


1.       MAJLIS JAWATANKUASA AGUNG



Presiden
: Cikgu Hj. Mohamed Sabri Mohd Arsad, AMP., PKC
Timbalan Presiden
: Cikgu Hj. Mat Jidin bin Ahmad, PJK
Naib Presiden 1
: Cikgu Roslan bin Saadon
Naib Presiden 2
: Cikgu Hj. Jamaluddin Hj. Jali, PKT, PJK, PJM,PPL
Naib Presiden 3
: Cikgu Mohd Said bin Hussin
Setiausaha Agung
: Cikgu Ahmad Nawawi bin Shaari
Pen. Setiausaha Agung 1
: Cikgu Amran bin Ghani
Pen. Setiausaha Agung 2
: Cikgu Jasni bin Md Kechik
Pen. Setiausaha Agung 3
: Cikgu Abu Bakar bin R.A. Mohd Abdullah
Bendahari Agung      
: Cikgu Hj. Atan bin Nordin, BCM., PJK.
Pen. Bendahari Agung
: Cikgu Ibrahim bin Marlan



Perlis
: Cikgu Kamarul Isam bin Isa
Kedah Utara 1
: Cikgu Hj. Ahmad Hulmi bin Ismail, PCK
Kedah Utara 2
: Cikgu Hj. Fadzil bin Darus
Kedah Tengah
: Cikgu Hj. Ghazali bin Omar
Kedah Selatan
: Cikgu Mohammad Rodzi bin Mat Isa
Pulau Pinang
: Cikgu Hj. Saidin bin Rashid
Perak Utara
: Cikgu Mohd Arshad bin Mat Jelani
Perak Selatan
: Cikgu Suhaimi bin Jamaudin
Selangor
: Cikgu Hj. Murtadzo bin Mokhtar
Wilayah Persekutuan
: Cikgu Hj. Ruslan bin Madon, AMW., PPN., PJK.
Melaka
: Cikgu Zailan bin Mohd Yusof
Negeri Sembilan
: Cikgu Nasri bin Ramli
Johor
: Cikgu Nordin bin Mohd Yusof
Terengganu
: Cikgu Hasnan bin Abdul Wahab
Kelantan
: Cikgu Hj. Che Zahari bin Mustapha
Pahang Barat
: Cikgu Hj. Ahamad Nawawi bin Shaari
Pahang Timur
: Cikgu Ab Malek bin Che Mat



1.      PERLIS

1.       Cikgu Hasan bin Abdul Rahman
2.       Cikgu Mohd Hashim bin Mohd Alwi (suami)
3.       Cikgu Ibtisam bt Othman (isteri)
4.       Cikgu Rosle bin Ishak
5.       Cikgu Mohd Depi bin Omar
6.       Cikgu Azizah bt Yusop
7.       Cikgu Fauziah bt Abdul Hamid
8.       Cikgu Rosli bin Darus
9.       Cikgu Abu Bakar bt Othman
10.     Cikgu Mohamad Nassir Ikhsan bin Mahmud


2.      KEDAH UTARA 1

1.       Cikgu Hj. Fadzalih bin Hj. Mahmud
2.       Cikgu Mohamad Azrin bin Hassan
3.       Cikgu Suhaimi bin Mohd Mukhtar
4.       Cikgu Ramli bin Man
5.       Cikgu Zulkely bin Johari
6.       Cikgu Zulkeflee bin Alwi
7.       Cikgu Mustafa bin Saad
8.       Cikgu Rosly bin Ismail
9.       Cikgu Ishak bin Hamid
10.     Cikgu Shariff bin Satiman


3.      KEDAH UTARA 2

1.       Cikgu Shairul Bazri bin Abu Bakar
2.       Cikgu Hj. Azizan bin Hamid
3.       Cikgu Mohamad Zal bin Hashim
4.       Cikgu Hjh. Siti Aishah bt. Hj. Ismail
5.       Cikgu Wan Jusoh bin Wan Hassan


4.      KEDAH TENGAH

1.       Cikgu Abu Bakar bin Awang, PJK.
2.       Cikgu Khuiruddin bin Shamsuddin
3.       Cikgu Halim bin Mohamad
4.       Cikgu Azmi bin Abd. Azid
5.       Cikgu Arpah bt Abdullah
6.       Cikgu Majmin bt Md. Noor


5.      KEDAH SELATAN

1.       Cikgu Ramli bin Abdul Rahman
2.       Cikgu Mohd Azilah bin Mat Lazim
3.       Cikgu Ishak bin Abdul
4.       Cikgu Abu Bakar bin Meh
5.       Cikgu Azemi bin Ghazali


6.      PULAU PINANG

1.       Cikgu Abdul Rahman bin Zakaria
2.       Cikgu Mohd Saad bin Amen
3.       Cikgu Hisham bin Ismail
4.       Cikgu Hj. Mohd Radzi bin Abdullah
5.       Cikgu Nur Azrin bin And. Razak
6.       Cikgu Hj. Juhari bin Mohamad Noe
7.       Cikgu Mat Nayan bin Dris
8.       Cikgu Ramlan bin Mislan
9.       Cikgu Mohd Shaharin bin Kassim
10.     Cikgu Mohd Hasni bin Abdullah
         

7.      PERAK UTARA

1.       Cikgu Ilyas bin Saad
2.       Cikgu Abdul Rahim bin Hj. Mohd
3.       Cikgu Aziman bin Abu Bakar
4.       Cikgu Mohamad Zamri bin Ishak
5.       Cikgu Abdul Rashid bin Saad
6.       Cikgu Mat Supri bin Musa
7.       Cikgu Meor Zabidi bin Meor Mohd Tahir
8.       Cikgu Arsad bin Abdul Wahab
9.       Cikgu Zamri bin Md. Isa
10.     Cikgu Mohd Yusof bin Sebran


8.      PERAK SELATAN

1.       Cikgu Jamaluddin bin Mustaffa
2.       Cikgu Ahmad Puad bin Esa
3.       Cikgu Mohd Rostam bin Babjan
4.       Cikgu Mahayuddin bin Ibas
5.       Cikgu Ahmad Damanhuri bin Mohd Mahayuddin
6.       Cikgu Mohd Izwan Hafiz bin Razali
7.       Cikgu Mohd Fahmi bin Tajwid
8.       Cikgu Aminuddin bin Omar
9.       Cikgu Mohd Suhaimi bin Md. Kamal
10.     Cikgu Mohd Syafie bin Selamat


9.      SELANGOR

1.       Cikgu Hasim bin Saleh
2.       Cikgu Hj. Ahmad Isa bin Tan Sri Hassan
3.       Cikgu Hud bin Abdul Ghani
4.       Cikgu Mohamad Alwan bin Ginen
5.       Cikgu Nasarudin bin Bujang
6.       Cikgu Hj. Mohamed Zuhaini bin A. Shukor
7.       Cikgu Ishak bin Md. Noor
8.       Cikgu Kamal bin Rusdi
9.       Cikgu Hj. Maarof bun Muhsin
10.     Cikgu Hj. Dianuddin bin Othman


1O.    WILAYAH PERSEKUTUAN

1.       Cikgu Rooslan bin Ahmad
2.       Cikgu Arbain bin Kassim
3.       Cikgu Saadun bin Kassim
4.       Cikgu Mohd Zulkapli bin Mohd Zin
5.       Cikgu Mohd Suhaili bin Mohd Yunus
6.       Cikgu Mohd Sadli bin Harun
7.       Cikgu Mohd Shofi bin Osman
8.       Cikgu Sarah bt Sharif
9.       Cikgu Nadzaruddin bin Kasim
10.     Cikgu Ahmad Muzir bin Abdul Halim


11.    MELAKA

1.       Cikgu Baiha bt Haron
2.       Cikgu Azmi bin Abas
3.       Cikgu Noryati bt Kimin
4.       Cikgu Rohaila bt Ibrahim
5.       Cikgu Ahmad Nasir bin Abdul Muthalif
6.       Cikgu Mazlan bin Das
7.       Cikgu Saerah bt Maulot
8.       Cikgu Sha’ari bin Bujang
9.       Cikgu Abu Bakar bin Sirun
10.     Cikgu Sulaiman bin Hitam


12.    NEGERI SEMBILAN

1.       Cikgu Hj. Hamzah bin Hj. Koleh
2.       Cikgu Putra bin Hashim
3.       Cikgu Abd Hamid bin Yahaya
4.       Cikgu Mohd Hazley bin Yaacob
5.       Cikgu Zairunlah bin Idris
6.       Cikgu Mohd Khalil bin Lebai Mat
7.       Cikgu Abu Kasim bin Abdul Hamid
8.       Cikgu Mohd Erwan Firdaus bin Abd Khalid
9.       Cikgu Mohd Salleh bin Ismail
10.     Cikgu Iszam bin Ismail


13.    JOHOR

1.       Cikgu Elias bin Dasuki
2.       Cikgu Rahmat bin Sarbani
3.       Cikgu Hj. Esa bin Abd. Rahman
4.       Cikgu Hj. Muhammad Amin bin Simon
5.       Cikgu Ngatimin bin Sairi
6.       Cikgu Mazlan bin Sanip
7.       Cikgu Zainal bin Broh
8.       Cikgu Dr. Hussein bin Sarif
9.       Cikgu Hj. Abdul Rashid bin Johar
10.     Cikgu Rosli bin Saman


14.    TERENGGANU

1.       Cikgu Abdullah bin Mamat
2.       Cikgu Ahmad bin Awang
3.       Cikgu Mohd Nasir bin Mohd Yusof
4.       Cikgu Mat Nong bin Botok
5.       Cikgu Mohd Zin bin Md. Amin
6.       Cikgu Ismail bin Hassan
7.       Cikgu Kamaruddin bin Kasim
8.       Cikgu Rosdi bin Mohamad Salleh
9.       Cikgu Roszita bt Muhammad
10.     Cikgu Zaiton bt Hassan


15.    KELANTAN

1.       Cikgu Ibrahim bin Samat
2.       Cikgu Wan Mat Rani bin Wan Ismail
3.       Cikgu Hafezie bin Md. Salleh
4.       Cikgu Hj. Junus in Mohamad
5.       Cikgu Zunaidah bt Mamat
6.       Cikgu Sharifah Faridah bt Syed Bulat
7.       Cikgu Ismail bin Salleh
8.       Cikgu Adnan bin Awang
9.       Cikgu Norman bin Abd Manaf
         
16.    PAHANG TIMUR

1.       Cikgu Roslan bin Mansor
2.       Cikgu Hj. Muhamad bin Hj. Abdullah
3.       Cikgu Mohd Azhar bin Yahya
4.       Cikgu Hj. Mahmud bin Hj. Nihat
5.       Cikgu Hj. Mat Yunus bin Yusof
6.       Cikgu Hj. Esa bin Hj. Ter
7.       Cikgu Khusaini bin Mohd Yussof
8.       Cikgu Tan bin Ibrahim
9.       Cikgu Sulaiman bin Bakar
10.     Cikgu Roslee bin Ismail


17.    PAHANG BARAT

1.       Cikgu Mohd Saad bin Haron
2.       Cikgu Amir Hamzah bin Nordin
3.       Cikgu Anuar bin Idris
4.       Cikgu Abdul Rashid bin Mahidin
5.       Cikgu Hasami bin Mohamad
6.       Cikgu Abd. Majid bin Min
7.       Cikgu Ismail bin Ali
8.       Cikgu Zakaria bin Siman
9.       Cikgu Ahmad Saifulzaman bin Abd Rahim
10.     Cikgu Rugayah bt Sh Abdullah