Seminar Bahasa, Kesusasteraan & Kebudayaan Dalam Pendidikan Kebangsaan
Seminar berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada 28
Jun 2012 bertujuan untuk memastikan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan
Melayu terus dikekalkan dalam sistem pendidikan kebangsaan. KGMMB
diwakili oleh Tn. Hj. Mohamad Sabri Mohd Arshad dan Cikgu Roslan bin
Saadon. Majlis pembukaan dirasmikan oleh YAB Tan Sri Hj. Muhyiddin bin
Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Majlis penutupan pula
dirasmikan oleh YB Dr. Muhd Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran.
Seminar ini dianjurkan oleh GAPENA dengan kerjasama DBP dan pelbagai NGO
termasuk KGMMB. Seminar ini turut merakamkan penyerahan momarandum
GAPENA dan kerabatnya yang membantah cadangan mewujudkan semula sekolah
aliran Inggeris dan menegaskan bahawa pihak kerajaan perlu berdiri teguh
dengan dasar pendidikan sedia ada dan perlembagaan negara.
Dicatat oleh:
Roslan Saadon IPGK PP
Dicatat oleh:
Roslan Saadon IPGK PP
No comments:
Post a Comment