Selamat Datang ke Blog KGMMB Johor

Monday 22 September 2014

Faedah KWK

Faedah Kumpulan Wang Kebajikan Anggota KGMMB

Syarat-syarat Permohonan Faedah Kumpulan Wang Kebajikan adalah seperti berikut :

Hadiah Siswa :
a) Faedah Hadiah Siswa untuk ahli (tiga kali permohonan untuk tiga peringkat) dan anak ahli (sekali
permohonan bagi seorang anak).
b) Permohonan selepas mendapat keputusan peperiksaan semester pertama peringkat
Diploma/Ijazah/Master di IPTA/IPTS.
c) Peringkat UPSR/PMR/SPM/STPM/Sijil/Percubaan dan Matrikulasi tidak diterima.
d) Salinan Kad Pengenalan atau Surat Beranak, Surat Tawaran dan Keputusan Peperiksaan Semester Pertama.
e) Faedah Hadiah Siswa sebanyak RM200.00 untuk sekali permohonan.

Sakit :
a) Dimasukkan ke hospital kerajaan dan swasta.
b) Minimum 3 hari berturut-turut dan maksimum 20 hari (berturut-turut atau terkumpul) dalam tempoh
satu tahun (12 bulan) bagi tahun semasa.
c) Hanya satu permohonan untuk tempoh satu tahun semasa.
d) Permohonan hendaklah disertakan dengan resit bayaran atau bukti kemasukan ke hospital.
e) Faedah Sakit sebanyak RM90.00 sehingga RM600.00.


Bersara :
a) Untuk ahli sahaja.
b) Permohonan Faedah Bersara dalam tempoh satu tahun (12 bulan) dari tarikh bersara.
c) Salinan Sijil Persaraan atau Kad Pesara.
d) Sekiranya ahli telah memohon untuk Faedah Bersara, waris tidak layak untuk memohon Faedah
Kematian ahli.
f) Faedah Bersara sebanyak RM500.00.

Kematian :

a) Kematian Ahli.
i) Waris berhak memohon Faedah Kematian untuk ahli dengan menyertakan salinan Kad
Pengenalan Ahli dan Sijil Kematian.
ii) Permohonan Faedah Kematian Ahli dalam tempoh satu tahun (12 bulan) dari tarikh kematian.
iii) Faedah Kematian Ahli sebanyak RM1,000.00.

b) Kematian untuk Suami/Isteri Ahli.
i) Ahli berhak memohon Faedah Kematian untuk suami/isteri ahli dengan menyertakan salinan
Kad Pengenalan Suami/Isteri, Sijil Nikah dan Sijil Kematian.
ii) Permohonan Faedah Kematian Suami/Isteri ahli dalam tempoh satu tahun (12 bulan) dari tarikh
kematian.
iii) Faedah Kematian Suami/Isteri ahli sebanyak RM1,000.00.

c) Kematian Anak/Ibu/Bapa Kandung Ahli.
i) Ahli berhak memohon Faedah Kematian untuk Anak/Ibu/Bapa Kandung ahli dengan
menyertakan salinan Kad Pengenalan Anak/Ibu/Bapa Kandung atau Surat Beranak (bagi kematian
Ibu) dan Sijil Kematian.
ii) Permohonan Faedah Kematian Anak/Ibu/Bapa Kandung ahli dalam tempoh satu tahun (12
bulan) dari tarikh kematian.
iii) Faedah Kematian Anak/Ibu/Bapa Kandung ahli sebanyak RM500.00
2.5 Kesatuan juga menyediakan peruntukan sumbangan khas kepada ahli-ahli yang ditimpa musibah atas keskes
kebajikan yang tidak termasuk di dalam faedah KWK yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun
kadar sumbangan khas berdasarkan keputusan mesyuarat Pegawai Kanan.
3. Permohonan Faedah Kumpulan Wang Kebajikan dibuat dengan mengisi borang yang boleh diperolehi
daripada Kalendar Perancangan, Laman Web KGMMB atau menulis surat permohonan kepada Ibu Pejabat
KGMMB. Faedah terbaru Kumpulan Wang Kebajikan akan berkuatkuasa mulai 1 Julai 2011.



No comments:

Post a Comment