Selamat Datang ke Blog KGMMB Johor

Tuesday 4 September 2012

Memperkasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran


MEMPERKASAKAN SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP)
Tahniah kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran yang telah berjaya mengadakan Persidangan Perkhidmatan Pendidikan pada 22 hingga 24 Jun 2010 bertempat di PICC Putrajaya. Secara tidak langsung ianya telah mendedahkan kepada peserta fungsi, objektif peranan SPP yang sekian lama kurang jelas diketahui dan difahami oleh rakyat khasnya dan warga pendidik di negara ini.

Persidangan ini boleh dianggap berjaya apabila berjaya mengumpul sebahagian besar
pengurusan tertinggi KPM dan KPTM berserta mantan pengurusan KPM serta wakil
dari beberapa Kesatuan Guru yang bertujuan memperjelaskan lagi peranan SPP serta
memberi peluang kepada peserta mengenengahkan isu-isu yang masih memerlukan
perhatian SPP serta KPM dan KPTM.

Ada beberapa isu yang memerlukan perhatian segera bagi memperkasakan lagi SPP
ini antara cadangan yang harus difikirkan bersama iaitu.

1. memperluaskan fungsi SPP supaya semua urusan permohonan menjadi guru,
perlantikan, pengesahan jawatan, kenaikan pangkat, rayuan kenaikan
pangkat, persaraan dan tindakan tatatertib diberi kuasa sepenuhnya kepada
SPP. Ini terkandung mengikut perlembagaan persekutuan perkara
144(5B)(1). Semua tugas-tugas di atas hendaklah dilaksanakan dibawah
SPP supaya memudahkan Warga KPM dan KPTM berurusan dan
membuat rujukan.

2. kakitangan sepenuh masa juga perlu ditambah dengan memberi peluang lebih
ramai pegawai di kalangan DG dan DH serta DS menganggotai
suruhanjaya ini.

3. SPP juga perlu diberi kebebasan sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah
guru yang timbul sepanjang tempoh perkhidmatan dan menjadi tempat
pakar rujuk berkaitan hal-hal pendidikan memandangkan ahli SPP terdiri
dari mantan pegawai perkhidamatan yang mempunyai pengalaman luas
dalam bidang pendidikan.

4. Perlantikan Ahli SPP boleh juga dikalangan mantan PTD serta pengamal
undang-undang supaya isu berbangkit berkaitan perkhidmatan pendidikan
mudah diselesaikan, walau bagaimanapun jumlah mereka yang dilantik
tidak melebihi mantan pegawai perkhidmatan pendidikan.
Berkaitan dengan isu perkhidmatan pendidikan yang perlu diberi perhatian dan
diselesaikan segera antaranya;
1. Kaedah pengambilan calon guru hendaklah dikaji dan dipelbagaikan.
KGMMB bersetuju dengan kaedah yang ada sekarang dengan ditambah
lagi pengambilan dibuat melalui saluran kedua iaitu Guru Sandaran Tidak
Terlatih (GSTT) yang telah berkhidmat lebih satu tahun diberi peluang dan
ditemuduga untuk dipilih mengikuti latihan di IPG untuk diserap sebagai
Guru Sandaran Terlatih (GST). KGMMB berpandangan ada dikalangan
mereka sangat layak untuk dipilih menjadi guru berdasarkan kometmen
dan minat sepanjang tempoh menjadi GSTT. Mereka ini mungkin perlu
diberi Kursus Dalam Cuti (KBC) untuk melengkapkan diri sebelum
menjadi guru.

2. KGMMB bersetuju cadangan YAB TPM merangkap Menteri Pelajaran supaya
Skim PPP perlu kepada penjemamaan semula dengan mengambil kira
laluan kerjaya yang lebih menarik bagi calon guru telah menamatkan
Latihan Perguruan di Universiti Tempatan (Diploma Pendidikan) dan
mengikuti Latihan Perguruan di Institut Perguruan Malaysia (IPGM) di
lantik terus ke jawatan tetap Pegawai perkhidmatan Pendidikan Siswazah
(PPPS)(DG41) tidak seperti amalan sekarang terlebih dahulu dilantik
sebagai Guru Sandaran Terlatih (GST) (DC41). Kaedah ini terlalu banyak
birokerasi dan memperlihatkan proses menjadi guru itu penuh berliku.
Proses yang panjang sebelum seseorang itu menjadi guru menyebabkan
profesion perguruan ini tidak menarik sedangkan profesion yang dianggap
lebih profesional seperti doktor, peguam tidak sedemikian. KPM harus
mencontohi KPTM dalam proses melantik calon guru ke jawatan tetap
dimana setelah calon pensyarah tamat latihan mereka akan terus dilantik
ke jawatan tetap.

3. Bagi pegawai perkhidmatan pendidikan yang menyambung pengajian mereka
dan dilantik semula ke Gred jawatan baru seharusnya tidak perlu temuduga
dan terus dilantik kejawatan tetap kerana ianya telah berada di dalam
sistem pendidikan yang sedia, hanya berlaku disini perubahan gred
jawatan sedangkan mereka masih kekal dengan tugas hakiki.

4. Laluan kerjaya guru juga harus dikaji dan dibuat perubahan kerana laluan
kerjaya yang ada sekarang terlalu banyak sehingga melebihi 20 skim.
Adalah dicadangkan diwujudkan satu skim bersepadu laluan kerjaya guru
sebagaimana laluan kerjaya skim perkhidmatan tentera, polis dan pegawai
perubatan.

5. SPP perlu juga memainkan peranan yang lebih berkesan bagi
menyedarkan Ketua Jabatan supaya lebih peka untuk mempercepatkan
urusan perkhidmatan dan tatatertib bagi menjamin standard dan kebajikan
guru terpelihara.

6. SPP hendaklah menjadi badan penyelaras bagi memilih calon perguruan
yang akan mengikuti kursus perguruan di IPTA dan IPGM supaya perkara
mismatch di peringkat pemilihan , latihan dan penempatan. Ini disebabkan
opsyen yang ditawarkan tidak selaras dengan ijazah yang dimiliki oleh
calon. Ini amat merugikan negara dari segi penggunaan modal insan
berasaskan kelayakan dan kebolehan calon yang terpilih mengikuti kursus
perguruan.

7. Semua Instisusi yang melatih guru harus diperkasakan dengan membuka
ruang yang lebih sebagai tempat memberi latihan kepada warga pendidik
yang sedang dalam perkhidmatan sebagai tempat latihan dalam
perkhidmatan terutama UPSI dan IPGM.
Besarlah harapan KGMMB selepas persidangan ini akan berlaku Anjakan Paradigma
dan menyedarkan masyarakat pendidikan tentang peranan yang boleh dimainkan oleh
SPP. Kita berharap juga YAB Timbalan Perdana Menteri akan dapat menstruktur
kembali SPP supaya ianya lebih perkasa dan menonjol peranannya dikacamatan
warga pendidik.

Dsediakan oleh;
Haji Mohamed Sabri bin Mohd Arsad
Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)

No comments:

Post a Comment