Selamat Datang ke Blog KGMMB Johor

Tuesday 25 September 2012

Usul-Usul daripada Cawangan-Cawangan KGMMB






 KGMMB  Cawangan Kedah Utara 2

1.  Cikgu Azizan bin Hamid mengusulkan agar pihak berwajib memberi satu bonus kepada semua penjawab awam sebanyak tiga kali gaji terakhir sebagai satu pengiktirafan kepada penjawat awam yang pernah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) dalam sistem SSM. Ini kerana dalam sistem SSB dahulu penjawat awam yang mendapat APC mendapat kenaikan gaji dan cuti. Pemberian bonus yang dicadangkan ini akan memberi lebih motivasi kepada seluruh penjawat awam.

2.  Mohon pihak berwajib khasnya Kementerian Pelajaran agar memudahkan kemasukan anak-anak warga pendidik untuk pra sekolah, sekolah premier seperti SBP, SM SainsMRSM dn lain-lain. Anak-anak guru juga perlu diberikan keistimewaan seperti anak polis dan tentera.




KGMMB  Cawangan Kedah Selatan

1.  Cikgu Zulkifli bin Hassan dari SK Labu Besar, memaklumkan guru DGA39 dilantik terus ke DG41 tidak melalui DG32 mengakibatkan masalah gaji yang  rendah dari DG34. Apa gunanya gred besar tetapi gaji rendah. Beliau berharap KGMMB memperjuangkan masalah ini.

2.  Cikgu Azni bin Ghazali  dari Sekolah Model Khas Baling, berharap KPM mengkaji semula bilangan waktu mengajar bagi Pengetua/guru Besar dan Penolong Kanan. Mereka terpaksa memperuntukkanlebih banyak masa untukmengendalikan pentadbiran sekolah. Memaklumkan guru-guru bimbingan dan kaunseling di sekolah mengambil sijil profesional kaunseling  untuk kekal di sekolah sebagai kaunselor berlesen.

3.  Cikgu Mohamad bin Nawawi dari SK Sungai Kecil Ilir, mengemukakan masalah  cuti ganti kerana guru bertugas rasmi pada hari Jumaat termasuk  sukan dan kokurikulum. Berharap KPM dapat keluarkan surat siaran.Beliau juga memaklumkan masalah permohonan kenaikan gred  DG34 ke DG38. Mengikut syarat yang ditetapkan sebelum sebelum ini pada tahun ke lapan bertugas tetapi mengapakah permohonan hanya dapat dapat dibuat pada tahun ke sembilan sahaja. Beliau berharap PK sekolah rendah dilantik  ke DG34 hakiki. Seterusnya berharap KPM memberi semua elaun  kepada PK sekolah menengah yang telah dilantik.




KGMMB  Cawangan Pulau Pinang

Mesyuarat AgungKGMMB bersetuju  melaksanakan tarikh Kira-Kira Kewangan Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) bermula pada tarikh  1  Januari dan berakhior 31 Disember pada  setiap tahun semasa.




KGMMB  Cawangan Perak Utara

1. Cikgu Mat Supri bin Musa mengusulkan agar status sekolah Bandar dan Luar Bandar dikaji semula kerana ada sekolah yang berkongsi bangunan tetapi mempunyai status yang berbeza.  Kecelaruan status ini menyebabkan sekolah akan kerugian dalam sesuatu perkhidmatan atau kemudahan mengikut  status gred sekolah. Beliau  memohon agar usul ini  diberi perhatian  dan dibawa ke Kementerian Pelajaran untuk dipertimbangkan.

2.  Memohon  Kementerian Pelajaran atau pihak-pihak tertentu supaya menstatuskan semula sekolah-sekolah  sama ada Bandar atau Luar Bandar yang tidak menepati ciri sebenar jika dilihat apa yang berlaku sekarang. Ini mengakibatkan kerugian  bagi sekolah berkenaan jika distatuskan tanpa melihat kedudukan  dan pesekitaran sebenar sekolah berkenaan.




KGMMB  Cawangan Perak Selatan

Bil
Perkara
Usul 1
Lulusan NPQH (Sijil Kelayakan Kepengetuaan Kebangsaan perlu diutamakan dalam kenaikan pangkat sebagai Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan memandangkan mereka telah mengikuti kursus berkaitan pengurusan dan pentadbiran sekolah.

Usul 2
Penolong Kanan Petang di sekolah menengah wajar diberi kenaikan  gred DG48 sebagaimana  Penolong Kanan Pentadbiran, PK HEM dan PK Kokurikulum telah menikmati kenaikan gred berkenaan.

Usul 3
PPS yang mempunyai kelayakan akademik diperingkah PhD dan Sarjana (Master) wajar diberi ganjaran dan pengiktirafan. Pemberian boleh diberikan dalam bentuk  kenaikan gred secara fast track atau hadiah pergerakan gaji (HPG)

Usul 4
Guru Kanan Sekolah Kurang Murid (SKM) wajar diberi jawatan Penolong Kanan secara 'incumbent" sebagaimana pada tahun 2006 semua guru kanan (lantikan sekolah) di sekolah gred B diberikan jawatan penolong kanan hakiki.

Usul 5
Penstrukturan semula PPD perlu dilaksanakan secepat mungkin. Perjawatan yang diberi hendaklah secara hakiki kepada pegawai interim.

Usul 6
Perjawatan Pegawai di KPM, JPN dan PPD perlu diperluaskansecara hakiki.

Usul 7
Guru Kanan Bidang di sekolah B wajar diberi elaun tanggungjawab seperti  mana Guru Kanan Bidang di sekolah A,

Usul 8
Guru PPLD yang tamat belajar dan telah memiliki Ijazah Sarjana Muda hendaklah disegerakan kenaikan mereka ke gred DG41.

Usul 9
Tempoh  Time Based DG41 ke DG48 hendaklah dikira tempoh perkhidmatan selama 16 tahun dan bukannya (8tahun+8 tahun). Ia bertujuan mengelakkan kerugian dialami oleh guru-gurulama yang memperoleh gred DG44 setelah 10 tahun berkhidmat dalam DG41. Jika kaedah 16 tahun telah digunakan , guru-guru berkenaan akan menggunakan sifir 10 tahun + 6 tahun dan guru-guru baru pula  menggunakan sifir 8 tahun +8 tahun.

Usul 10
Perjawatan Guru Besar dan Penolong Kanan bagi guru-guru siswazah  sekolah rendah hendaklah dibuka.





KGMMB  Cawangan Wilayah Persekutuan

1.  Cikgu Kamaruzaman bin Abdullah memohon kesatuan membela guru yang menduduki kuaters pendidik.

2.  Cikgu Hj. kamarudin bin Ismail daripada Bahagian  Kokurikulum dam Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia menyatakan dalam platform ada koperasi . KGMMB bolehmelantik koperasi sebagai ejen mendapatkan keahlian dengan memberi komisen . Jadi, tidak perlu mengaji pegawai pemasaran. Terdapat 2200 koperasi dan KGMMB boleh mengadakan MoU dengan Bahagian Pendidikan Sekolah untuk berkempen kepada bakal pendidik sebagai langkah menambah keahlian.




KGMMB  Cawangan Melaka

1.  Mengusulkan kad keahlian KGMMB sekarang ini digantikan dengan kad keahlian yang keras dan lebih berkualiti.

2.  Mengusulkan dan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya menyegerakan mewujudkan Guru Penolong Kanan Sukan bergred DG48.




KGMMB  Cawangan Johor

Bil
Usul/Isu
Cadangan
Usul 1
Guru Penolong Kanan yang berkhidmat di sekolah Kurang Murid tidak mendapat elaun walaupun tugas mereka sama dengan tugas guru Penolong Kanan Hakiki,

Guru Penolong Kanan di Sekolah Kurang Murid (SKM) hendaklah dibayar elaun seperti Guru Penolong Kanan Hakiki.
Usul 2
Penyelia Petang dan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6 tidak mendapat Gred DG48 walaupun Perdana Menteri telah mengumumkan Guru Penolong Kanan dinaikkan gred DG48.

Kementerian hendaklah menyelaraskan arahan Perdana Menteri agar semua Guru  Penolong Kanan diberikan  gred DG48.
Usul 3
Pembinaan rumah guru hendaklah mengambil kira faktor lokasi dan rekabentuk agarmenarik minat warga pendidik untuk mendiaminya. Banyak rumah guru yang kosong kerana terletak jauh dari pekan dan rekabentuk yang tidak menarik.

Rumah guru hendaklah dibina  di kawasan yang sesuai  dan strategik. Selain itu, rekabentuknya hendaklah mengikut peredaran zaman,




KGMMB Cawangan Terengganu

Cikgu  Rosdi bin Mohamad Salleh mencadangkan
1.  Elaun  tanggungjawab untuk Guru Kanan Mata Pelajaran bagi sekolah Gred B dikembalikan semula.

2.  Meminta agar Kementerian Pelajaran Malaysia mengkaji Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang melanjutkan pelajaran  di peringkat Ijazah hendaklah diberi peluang untuk mendapatkan kemudahan syarat pengurangan tempoh kenaikan pangkat kiraan tiga tahun perkhidmatan Pegawai Pendidikan Siswazah (PPPS) dengan maksimum tiga tahun dalam mana-mana gred, sekali dalam perkhidmatan.




KGMMB Cawangan Pahang Barat
KGMMB mengesa kerajaan supaya segera memberi ganjaran dua kenaikan gaji atau lebih dan peluang kenaikan pangkat kepada guru-guru yang memiliki Ijazah Sarjana (Master) dan PhD,


KGMMB Cawangan Pahang Timur
Cikgu Roslan bin Mansor mencadangkan pegawai-pegarai di PPD dan di Jabatan Pelajaran Negeri mendapat kenaikan gred dari DG41 kepada DG44, DG44 kepada DG48 dalam jangka masa tiga tahun, seperti mana Guru Besar di sekolah rendah dan GPK yang baru mendapat kenaikan. Spesifikasi mereka juga mengurus di peringkat daerah dan negeri.


No comments:

Post a Comment