Selamat Datang ke Blog KGMMB Johor

Monday 24 September 2012

Pingat Jasa Bakti (PJB) KGMMB 2012

Tahniah Kepada Bekas Presiden KGMMB Johor Atas Kurniaan Pingat  Yang Diterima
Cikgu Abd Salam Zakaria
Biodata Cikgu Abdul Salam bin Zakaria

Cikgu Abdul Salam bin Zakaria dilahirkan di Batu Pahat, Johor pada 1 September 1953. Beliau berkahwin dengan Pn. Norbeeyanti binti Abdullah juga merupakan seorang pendidik dan mereka telah dikurniakan anak seramai lapan orang.

Beliau mendapat pendidikan adal di Sek. Keb. Mendapat Batu Pahat, Johor pada tahun 1960 hingga 1965. Kemudian melanjutkan pelajaran  di sekolah menengah dari tahun 1966 hingga 1970 di SMK Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat latihan perguruan di Maktab Perguruan Harian Kuala Lumpur selama setahun pada 1974 hingga 1975. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran  di Universiri Pertanian malaysia pada 1993 hingga 1995.


Beliau telah memulakan karier sebagai pendidik pada tahun 1972 hingga 1974 ketika itu beliau memegang jawatan sebagai Guru Penolong di SMK Dato' Hj. Hassan Yunus, Simpang Renggam, Kluang Johor. Beliau mula berkhidmat sebagai guru  pada  1 Januari 1976. Beliau dilantik sebagai Guru Penolong di SK Paloh 2, Kluang pqada tahun 1976 hingga 1980. Beliau banyak menimba pengalaman mengajar di beberapa buah sekolah  di negeri Johor. Sebagai orang Johor sudah pasti beliau ingin melihat anak-anak negeri Johor berjaya dalam pelajaran. Kemanapun beliau ditempatkan, ketekunan dan kesungguhan menjadi formula utama. Antara tempat beliau mencurahkan jasa dan bakti adalah

Tahun
Tempat Bertugas
 1980-1982
 Guru Penolong, SJK(C) Lit Terk, Kluang, Johor
 1982-1986
 Guru Penolong, SK Rumbia, Alor Gajar, melaka
 1986-1992
 Guru Penolong, SK Senggarang, Batu Pahat, Johor
 1992-1999
 Guru Penolong, SK Seri Pasir Puteh, Batu Pahat, Johor
 1999-2000
 GPK Kokurikulum
 2000-2003
 Guru Besar, SK Pulau Sibu, Mersing, Johor
 2003-2005
 Guru Besar SK Seri Paya, Batu Pahat, Johor.
 2005-2011
 Guru Besar, SK Tenaga Setia, Batu Pahat, Johor.

Semasa perkhidmatan beliau banyak memberi sumbangan dan mencurahkan bakti beliau kepada  sekolah. Banyak kejayaan yang telah berjaya dilakukan oleh beliau. Antarakegiatan yang disumbangkan adalah

Bidang Kurikulum
 1990-1999
 Ahli Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Johor
 2003-2011
 Ahli jawatankuasa Kurikulum daerah
Bidang Kokurikulum
 2003-2005
 Pengerusi MSS Cawangan Ayer Hitam
 2006-2011
 Pengerusi MSS Cawangan parit Sulong
Projek Khas Sekolah
 2003-2005
 Sekolah Harapan Negara SKM B (SK Seri Paya)
 2007-2011
 Sekolah Harapan Negara Luar Bandar
Profesion Perguruan
 2005-2011
 AJK MGB Negeri Johor
Pentadbiran Sekolah
1999-2000
 GPK Kokurikulum
 2011-2011
 Guru Besar















Namun usaha gigih beliau dalam memberi khidmat pada masyarakat tidak terhenti di situ sahaja.Beliau pernah menganggotai dan menjadi  Ahli majlis Bersama Jabatan pada tahun 2003-2011. Beliau juga sehingga kini masih diberi kepercayaan untuk menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PBSM Daerah Batu Pahat bermula 2010, Timbalan Pengerusi Taman tahun 2004 dan Timbalan Pengerusi  Koperasi KGMMB tahun 2010. Beliau juga pernah dilantik  sebagai Naib Presiden KGMMB dari tahun 1998 hingga 2011 serta Pengerusi KGMMB Johor dari tahun 1999 hingga 2011.

Kegigihan beliau  harus menjadi contoh  kepada generasi kini  dengan semangat beliau  yang jitu.Oleh kerana sumbangan beliau itu, wajarlah beliau menerima pelbagai angugerah yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, Persekutuan dan lain-lain. Antara anugerah yang beliau perolehi

Anugerah yang diperolehi
 2004
 Anugerah Guru Kreatif
 2007
 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang KPM
 2007
 Anugerah Pengurusan Sekolah harapan Negara Luar Bandar
 2008
 Anugerah Guru Besar Cemerlang KPM
 2008
 Anugerah Kualiti Guru Besar







Beliau menamatkan perkhidmatan sebagai pendidik pada 1 September 2011. Walaupun besara, beliau masih aktif dalam kegiatan kemasyarakatan dan persatuan. Kini beliau diberi kepercayaan untuk memegang  jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Koperasi KGMMB Berhad. Melalui jawatan tersebut, beliau dapat mencurahkan pengalaman, pengetahuan dan kepakaran beliauy sebagai  guru dan pentadbir. Semiga usaha beliau akan sentiasa dihargai dan mendapat keberkatan Illahi.

No comments:

Post a Comment